Ape khabar iman kita hari ni? semoga sentiasa sihat dan berada dlm keadaan yg mantop !
dalam gelak tawa pasti ada duka....
dalam panas mentari pasti hujan membasahi bumi...
dalam redup renyai2 pagi.. datang pelangi menghiasi sanubari =)
Allahuakbar... segala pujian hanya untukmu Ya Allah... tuhan sekelian alam~~ Syukur diatas segala nikmat yg telah engkau kurniakan kepada kami ya Rabb...
Laut mana tidak bergelora .. begitu juga hati manusia =) dalam tenang mungkin adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan situasi dimana kita perlu menjadi TABAH !
mungkin satu penipuan terbesar jika ada yg menyatakan dia tidak pernah menghadapi satu pun masalah dalam hidupnya....
Ujian itu mampu mematangkan kita... ujian itu sebenarnya bukti Allah syg pada kita... Allah mahu menguji banyak mana pula kasih syg kita padaNya. oleh itu berSABAR...
Ape pelan tindakan yang buleh diambil bile hati kita tak tenang dek berhadapan dgn masalah?
:: perbanyakkan Zikrullah
:: perbanyakkan membaca al-quran dan fahami maksudnya
:: perbanyakkan solat sunat
:: mintak lah pendapat dari mereka yang arif tentang permasalahan yg kita hadapi
Ada banyak amalan yg buleh kita lakukan utk menenagkan hati.
bagi entry kali ni sy ingin memfokuskan pada Indahnya Solat ::
Solat merupakan terapi terbaik utk menenangkan hati.. Ia mmg terbukti... Pengalaman peribadi... ketika bersolat mohon lah pada Allah agar diberikan ketenangan hati.. menangis dan mengadulah pada Allah... Nikmatnya mmg indah... selesai bersolat dan bermunajat pada Allah..semuanya aman dan tenang kembali... hati tenang damai ... Allahuakbar.... Sesuatu yg sukar diungkapkan dengan kata2....terima kasih Allah....
APA ITU SOLAT Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat |
disini sy kongsikan Sains Solat untuk anda lebih mengetahui secara teori akan kebaikan solat...
nak semak waktu solat disini ...
Allahuakbar =) Jom bersolat~~~


No comments:
Post a Comment